Dah lama dah aku tak tulis kat sini. Bukan apa, kebelakangan nih sibuk ngan keje sket. Sibuk tu, bukan sibuk sikit-sikit, tapi sibuk tahap gaban nyer. Gaban yang cemmana tau.. diorang aku suruh aku monitor nombor empat digit - kebanyakan nyer lar.. kengkadang tu ada yang kuar tiga digit, dua digit.. satu digit pun kenkadang ada...
Isk.. nak buat aper... monitor jer lar... itu ler keje aku... tetiap hari tengok nombor... Kalau orang salah tafsir, macam aku nih incharge nak pilih nombor yang mana sesuai untuk nombor ekor keesokkan hari plak. Tak... business aku bukan pasal nombor ekor la.. Pasal business lain :P
Anyway, nak dijadikan cerita, aku pun dah lama tak online macam kebiasaan. Kekadang jer masuk net, check email, buat apa patut then terus balik. Next day, keje angkat batu cem biasa... Nih pun pasal ada ler satu link yang setakat nih, aku consider, paling sesuai untuk mengeraskan otot kat sekeliling perut. Tu yang aku nak share tu.
Biasa ler, nak bersenam, apa ler sangat... masa tak cukup. So, senaman nih mempunyai dua objektif,
1) menegangkan/mengeraskan otot dibahagian abdomen - khusus nyer kat kawasan perut; dan
2) mengaktifkan kelenjar-kelenjar disekeliling mata untuk mengeluarkan pelincir berlebihan (air mata ler tuuu...)
Jadi, untuk tidak melengahkan masa untuk kita bersenam, klik jer Play kat bawah tu...